Friday 26 September 2014

BULAN DAN BINTANG : Aku Sayang, Aku Rindu, Tunggulah Aku

Aku tertanya-tanya mengapa cinta itu penting dalam hidup. Mengapa seseorang itu amat memerlukan Cinta, Kasih & Sayang dalam hidup sehingga ada yang terlalu obses dengan cinta malah sanggup bergadai nyawa, maruah dan lupa diri, keluarga serta agama. Banyak persoalan timbul dibenak fikiran ku sehingga tak mampu untuk dijawab.

Mengikut pemahaman aku,
Cinta pada Yang Maha Esa,
Cinta pada Rasul,
Cinta pada Ibu & Ayah,
Cinta pada Keluarga, itu memang penting tapi cinta sesama manusia itu perlu namun tidaklah sampai membebankan fizikal dan mental, jadi mengapa harus obses dengannya?
Kebanyakan manusia terutama generasi muda di zaman moden ini sering menjadikan cinta sesama manusia sebagai keutamaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap yang hak iaitu Tuhan Yang Maha Mencipta, Rasul, Ibu Bapa & Keluarga malahan diri mereka sendiri.

Sungguh benar kahwin itu Sunnah tapi perlukah bercinta hingga lupa segalanya.?
Bukankah nikah itu akan membentuk sebuah keluarga? Bermula dengan akad nikah ,kemudian dikurniakan anak seterusnya membina jaringan keturunan.
Justeru itu apa gunanya membina keluarga baru andai keluarga yang sedia ada tidak mampu kita bentuk dan lindungi?

Aku bukanlah seorang insan yang pandai mengambil & menjaga hati orang tetapi  sebaliknya sering menyakitkan hati  orang terutama mereka yang aku sayangi. Mungkin kerana itu sukar bagiku mendekati orang dan lebih senang bersendiri tanpa kawan, teman dan sebagainya. Namun Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Manusia itu diciptakan sebagai tidak sempurna dan disebabkan itulah kita saling memerlukan serta saling melengkapi kerana manusia itu dicipta berpasang-pasangan & hidup bermasyarakat.

Silaturrahim diselitkan agar manusia mampu membentuk kesempurnaan yang diperlukan secara bersama. Yang kurang itu dilengkapkan oleh yang lebih dan begitulah sebaliknya. Disamping itu jangan lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi kerana semuanya datang dengan Izin-Nya. Berusahalah mencari kebahagiaan yang disediakan untukmu. Tuhan tidak akan sekali-kali membebankanmu dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh hamba-hamba-Nya.

Allahua'lam. ilal Liqa'.

Nota;

Artikel      : Asma' Ibrahim

Disunting : Fizin Zarif

copyright reserved© www.fizinzarifhz.blogspot.com

Follow me on,

Facebook : www.facebook.com/fizinzarif
Twitter      : www.twitter.com/fizinzar

Saturday 13 September 2014

Aku Bangga!!!

Aku berjaya menyambung pelajaran ke peringkat  tertinggi di sebuah universiti yang sedang meningkat naik dan kemungkinan menjadi salah satu universiti yang terkemuka di Malaysia.
Memperkenalkan,
Universiti Sains Islam Malaysia . Sebuah universiti yang terbina di tanah bukit Bandar Baru Nilai, Nilai,  Negeri Sembilan. Usim merupakan salah satu daripada 22 IPTA yang berdaftar di Malaysia.

Jom! layari pautan ini,
Laman Web Universiti Sains Islam Malaysia

Tahun 2014 merupakan tahun pertama aku di USIM yang mana telah terpilih menjadi salah seorang mahasiswa daripada keseluruhan pelajar 2493 yang diterima masuk sesi akademik 2014/2015.
Alhamdulillah aku di tempatkan di bawah Fakulti Ekonomi Dan Muamalat , Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian.
Aku harap ini adlh jalan yang terbaik untuk aku terus melakar kejayaan khususnya dalam bidang ini.
AKU BANGGA MENJADI MAHASISWA USIM!
#AKUBANGGA
#KEMPEN
#ILOVEUSIM♡♡♡

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang ke Laman Blog www.fizinzarifhz.blogspot.com

PENGENALAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
                                                                                                                                                                   
Antara perkara yang paling utama dalam hidup kita adalah merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya yang mana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk hidup di dunia ini.

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak untuk-Mu Ya Rabb.

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.                                                                                    
Blog ini dibangunkan hanya untuk diri saya sendiri tetapi jikalau bahan-bahan dalam blog ini memberi manfaat kepada saudara/i dengan segala hormatnya untuk terus melayari blog ini selagi mana ia tidak melanggar syariat yang ditetapkan Allah SWT.

Majlis Rasmi Minggu Taaruf Bersama Canselor & Menteri Besar Negeri Sembilan

Artikel akan dikemaskini dari masa ke masa. Thank You Guys!