Tuesday 16 February 2016

Jangan Lupa Lirik vs Jangan Lupa Baca Al-Quran

Dunia kini terlalu memberi perhatian terhadap hiburan berasaskan keduniaan semata-mata daripada menghidupkan suasana islamiah. Masyarakat yang dulu dipenuhi dengan etika-etika harmoni kini mula merebak unsur-unsur negatif berpunca daripada pengaruh yang dicipta dunia barat.

Sedar atau tidak, kita sering dihidangkan dengan hiburan yang melampau samaada di kaca-kaca televisyen, aplikasi telefon pintar, pancaran radio dan seangkatannya. Setiap hari akan ada iklan-iklan yang secara terang melanggar adab-adab ketimuran.

Pada mulanya ia seakan tidak memberi apa-apa kesan negatif tetapi apabila hari-hari di tayang, sedikit demi sedikit akan memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat. Sedar atau tidak, suatu masa nanti akan tercapai hasrat dunia barat menghancurkan akhlak pemuda pemudi, remaja, kanak-kanak generasi masa hadapan. Nauzubillah.

Marilah sama-sama kita melestarikan bumi ini dengan kalam-kalam yang baik disisi Islam. Kita bukan robot yang boleh ditukar memori yang baru, seterusnya berubah mengikut kehendak pemiliknya namun kita ini manusia yang punya nafsu yang cinta akan dunia. Jadi kita cuba untuk ubah hidup secara perlahan-lahan. InshaAllah berkat istiqamah kita dalam perubahan akan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya membentuk negara yang maju akhlaknya, terpuji penduduknya.

- Hafizin Zarif

Tuesday 28 April 2015

Jom Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL 2015!

klibf2015





klibf2015
Jom beramai-ramai memeriahkan PBAKL2015!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 bermula 24 Mei dan berakhir pada 3 Mei 2015. PBAKL2015 diadakan di dewan besar Putra World Trade Centre (PWTC). Pengunjung-pengunjung hadir dengan pelbagai latar belakang. Bermula dengan kanak-kanak, rombongan pelajar sekolah, diikuti dengan mahasiswa tempatan juga antarabangsa, malahan terdiri daripada golongan yang sudah 'berumur'. Saya sediakan beberapa gambar hasil kunjungan kali pertama saya untuk tatapan anda yang masih belum ataupun sudah berkunjung. Kebiasaannya apabila datang ke pesta buku antarabangsa, kita akan bertemu dengan penulis-penulis hebat, artis dan insan-insan yang ternama. Saya hanya sempat bergambar bersama dua insan yang saya kagum dengan kerjaya mereka. Hafiz Hamidun dan Ustaz Zamri Mantop. Insan- lain hanya mampu ambil dari jauh. Ada rezeki jumpa lain kali. Heehe. Banyak gerai yang mempamerkan buku-buku kali ini. Antara gerai yang sempat saya snap, mustread, 1Mapim, Pts, Asuh, ITBM, Sasbadi, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan banyak-banyak lagi. 


klibf2015
Generasi pembaca berusu-pusu masuk PWTC
klibf2015
Booth Sasbadi 

klibf2015
Booth 1MAPIM

klibf2015
Siapa yang ingin berpeluang memenangi tiket ke Istanbul bolehlah berkunjung ke
gerai ITBM dengan syarat membuat pembelian RM50 ke atas.
Cepat sebelum terlambat. Hehehe
klibf2015
Kenali penulis buku ini Cat Stevens. He is expected to appear at the Booth ITBM at Level (2) 1st May 2015. Meet him!

!klibf2015
klibf2015
klibf2015
Booth mustread Level One bersebelahan kedai Jakel

klibf2015
Dapatkan buku terbitan mustread ini tentulah di gerai Mustread!


Thursday 2 April 2015

Tips Hilang Lenguh Badan

Siapa dari kalangan kamu yang tak pernah alami kesakitan? Jawapannya semua dah merasai kesakitan. Ada yang dari kecil dah ada pelbagai penyakit. Ada yang dah berumur baru ditimpa sakit. Saya sendiri pernah alami kesakitan. Ada ketika pening kepala, demam biasa, demam denggi, batuk, sakit perut, sakit badan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah saya tak sakit mental. Mental dan fizikal saya masih lagi dalam keadaan waras. Moga dijauhi penyakit begini. Merujuk kepada tajuk di atas, saya nak bagi tips bagaimana cara untuk hilangkan lenguh-lenguh badan khususnya, untuk penyakit lain yang tidak kronik mungkin boleh amalkan juga. Saya pernah alami sakit badan sampai seminggu sebabnya hanyalah saya main futsal. Lepas main tu tak rasa lenguh lagi, esok hari barulah rasa lenguh-lenguh seluruh badan. Kebetulan masa sakit badan tu kena pada bulan Ramadan, puasa tetap puasa, cuma tak rasa sangat kemanisan berpuasa bila badan jadi lemah, lesu dan tak bermaya. Baik, tips di sini adalah banyakkan solat. Bagi umat Islam, solat itu merupakan tiang agama. solat juga mencegah kita daripada unsur-unsur keji dan maksiat. Berbalik kepada penceritaan, pada bulan Ramadan semestinya bagi saya atau mungkin saudara/i sendiri yang berkelapangan akan bersolat di malam hari seusai berbuka puasa. Solat malam ini juga dikenali sebagai Solat Tarawih. Pernahkah kalian dengar tentang solat yang merupakan satu jenis istirahat yang mungkin kita tak sedari. Solat pada hikmahnya dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit. Hasil solat ini akan memberikan kekuatan dalam diri kita samada zahir dan juga batin. Fokus artikel ini adalah cara untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan. Kesan saya solat tarawih sehingga selesai 11 rakaat, (Masjid kampung saya hanya buat 11 rakaat) adalah pada keesokan hari lenguh-lenguh saya sepanjang minggu hilang sepenuhnya. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh ulama-ulama, para pengkaji, para doktor yang telah menganalisis tentang solat ini yang sememangnya memberi manfaat kepada sesiapa yang mengerjakannya. Jadi, solatlah kamu selagi nafasmu tak berhenti. Tunaikanlah kewajipanmu ke atas agamamu, In Shaa Allah hikmah solat itu akan hadir bersama. Sekian dari saya. Jika ada apa-apa cadangan atau pendapat, boleh emailkan di fizinzarif@yahoo.com.        


Tuesday 24 March 2015

Yakin Dibibir atau Yakin Dihati

“Bagaimana aku nak fokuskan kerja lain-lain walhal hati ini sedang fokus kepada si dia. Setiap masa asyik memikirkan dia”. Mana taknya kalau dah hari-hari berhubung, kata hati ini nak sangat halalkan hubungan dengan ikatan secara murni dan sah dengan segera. Fahami dan Kasihanilah perasaan pasangan anda. Sama-sama ingin membentuk dua hati menjadi satu. Jadi, kurangkan kekusutan jiwa yang melanda mereka ini. Bagaimana? Kurangkan berhubung pada waktu sebelum pernikahan tapi perketatkan hubungan selepas nikah. Itu sebaik-baiknya. Berhubung apabila perlu sahaja. Perlu disini adalah bermaksud perkara yang penting sahaja. Ini bagi yang dah bertunang. Kalau yang masih belum lagi,ikatlah dahulu kekasih anda tu. Bertunang mengikut hukum Islam mudah dan praktikal. Adat berkunjung ke rumah pasangan dengan membawa hantaran itu secara sopan santun itu bagus cuma tidak semestinya begitu. Kalau tak mampu nak buat semua tu ikutlah apa yang Islam ajarkan. Khabarkan hasrat kita yang nak ‘berkahwin’ itu kepada pasangan. Jika dia terima lamaran kita beerti haram bagi orang lain masuk meminang kita sehinggalah kita putuskan pertunangan yang terdahulu. Mudah pada hukumnya tapi susah nak praktikkannya. Kenapa?Malu?Tak yakin? Kalau tak yakin, jangan sibuk nak ada kekasih. Ya, betul bila ada yang mengatakan perkahwinan itu lebih baik jika dilakukan pada usia muda. Tentulah pasangan yang nak ke arah itu yakin dengan apa yang diimpikan bersama itu membawa kepada suatu yang realiti. Yakin disini bukan beerti , “ aku yakin dengan keputusan ini untuk mengahwini  dia,bla bla bla” hanya sekadar manis dibibir, tapi pahit dihati. Keyakinan itu akan terbentuk apabila kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang utama.Sekadar memberi contoh, tanggungjawab terhadap ibu bapa.  Adakah kita sudah penuhi tanggungjawab terhadap ibubapa? Bagaimana bentuk tanggungjawab tersebut? Sudahkah kita ini tunaikan hasrat mereka? Tanggungjawab terhadap agama. Jangan hanya sekadar omong kosong. Yakin nak kahwin tapi solat masih tak terjaga. Subuh pun bangun lewat,masjid pun seminggu sekali. Itupun sebab nak solat Jumaat. Kalau tak ada solat Jumaat,tak tahulah bila agaknya nak kunjung rumah Allah. Itulah kita sibuk sangat bincang bab kahwin tapi diri sendiri pun belum terurus, sedangkan kahwin itu berdua, perlu tadbir urus dengan betul dan ke arah yang lurus yakni ke jalan yang diredhaiNya. Yakinkan dirimu dengan persediaan yang mantap dari segi rohani dan jasmani. Rohani (bukan nama orang), atau roh yang perlu kita isikan dengan perkara yang baik. Bagaimana? Hadirkan diri anda ke majlis-majlis ilmu, melazimi zikrullah, mengamalkan sunnah Rasulullah dan lain-lain lagi. Jasmani (bukan nama orang), atau jasad yang mana ianya memerlukan kita untuk tunaikan hak badan dengan menjaga daripada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Hak jasad adalah termaktub dengan kesesuaiannya. Sebagai contoh, beribadah kepada Yang Maha Esa seperti solat, puasa, riadhah dan lain-lain lagi. Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih atas kesudian untuk membaca. Jika ada cadangan, apa sahaja yang ingin anda cadangkan dialu-alukan untuk email di alamat fizinzarif@yahoo.com.

Wednesday 4 March 2015

Semester 1 (i)

Bersama Dr. Nursilah Pensyarah Subjek Mikroekonomi

Bukan mudah bagi aku nak belajar subjek ini dalam masa lebih kurang 3 bulan dan nak khatamkan buku setebal 434 muka surat. Nak memahami isi kandungan pun ambil masa yang lama sebab buku ni diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Aku berterima kasih kepada Dr. Nursilah kerana mengajar kami semua walaupun Dr. agak sibuk dengan kerjayanya. Keputusan subjek ni takda lah buruk sangat. B- . Bagi aku okay la tu.



Bersama Ustazah Syamilah Pensyarah Bahasa Arab

Atas ni pulak, Ustazah Syamilah yang duduk kat tengah bertudung biru. Kami kata ustazah ni comellah. HeeHee. Ustazah yang steady and cool. Malam last Ustazah belanja burger. Daebak arhh. Terima Kasih Ustazah. Keputusan untuk subjek ni  B+. Okay jugak lah tu. Dengar cerita ustazah dah nak kahwin. Hmm eloklah tu. Moga ustazah berbahagia dunia dan akhirat dan tabah,sabar menghadapi ujian sebelum dan selepas kahwin.

Tuesday 3 March 2015

Langkah Ini Langkah Bendul!

"Hang, aku berkenan kat hang ni. Hang terima dak kita?",tanya si jejaka ni. "Aku terima, Aku terima!"balas si perempuan. "Tapi kan hang, adik beradik aku ada lagi yang belum kahwin. So, macam mana ni?Nanti orang kata aku langkah bendul pula"kata si jejaka. Jejaka ini merupakan anak bongsu. Abang dan kakaknya ada yang masih belum berkahwin malah mungkin belum ada calon yang sesuai. "Hmm tulah hang, ceq habaq kat hang suh mengaji ngn ustaz hang taknak. Sat naa, ceq nak bagi hang tengok video ni. Lepastu hang pandai-pandailah pujuk mak bapak hang. Okay?"Si perempuan membalas kembali keresahan si jejaka. "Okay,kita tengok sama-sama naa",ajak si jejaka.

Friday 27 February 2015

Bila Tiada Ilmu

Semua perkara yang kita nak buat kat atas dunia ni kena ada ilmu. Tak kira lah samaada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara sebab apabila kita buat sesuatu benda itu tanpa ilmu ia seolah-olah kita kelihatan bodoh dan tidak berwawasan . Maaf agak kasar sikit. Sebagai contoh, nak naik KTM tapi tak pandai macam mana cara nak naik. Padahal senang je kalau dah biasa dengan KTM ni. Pergi kaunter bayar untuk dapatkan tiket. Kalau tren tu seberang sana kena naik jejantas. Ini ilmu juga. Ilmu duniawi. Ilmu ni perlu juga ambil tahu. Kalau tak tahu nak naik, terpinga-pinga tak tahu jalan mana akhirnya kita yang susah. Walaupun nampak kecil tapi apabila kita tak tahu memang kita tak sampai ke destinasi. Sama juga dengan baca Al-Quran. Walaupun orang yang baca Quran ni suaranya enak didengar, tapi jika tak ada ilmu Tajwid maka bacaannya jadi tunggang-langgang. Semua huruf tak mencukupi perkiraan makhrajnya. Ilmu ini tak boleh diperlekehkan. Kita kena hargai orang yang menyampaikan ilmu walaupun ilmu itu nampak kecil pada pandangan mata kasar. Ada Ilmu, Hidup Berjaya! Sekian.