Thursday 1 January 2015

Final Exam Semester 1 Sesi Akademik 2014/2015

Ini kisah saya ketika mengambil peperiksaan akhir semester 1 sesi akademik 2014/2015 . Saya mulakan artikel ini dengan suasana 'kondusif' selama saya menduduki peperiksaan akhir ini. Situasi sebelum masuk dewan peperiksaan. Kebiasaannya saya sebagai seorang pelajar sebelum ini apabila menduduki peperiksaan ketika saya tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 pastinya debaran sebelum peperiksaan sangat 'terasa' sehingga membuatkan saya terketar-ketar. Keadaan seperti itu membuatkan saya merasa takut, cuak dan kadang terfikir bagaimana keputusan peperiksaan . Kini segalanya telah berubah. Suasana kondusif di alam universiti ini memberi sesuatu yang berlainan dengan apa yang saya lalui di sekolah peringkat menengah. Peperiksaan kali ini memberikan satu perasaan yang lain daripada kebiasaan. Perasaan takut, cemas dan cuak semakin terhakis . Perasaan gementar tidak lagi menjadi hamba abdi dan sifat teguh serta berani dalam membuat keputusan telah berjaya diaplikasikan dalam kehidupan saya ketika ini. Walaupun peperiksaan akhir ini boleh dikatakan amat penting dan memerlukan konsentrasi yang tinggi tapi sebaliknya berlaku. Saya hadapinya dengan tenang, emosi yang terkawal dan berfikiran positif. Isi yang terakhir itu amat penting kerana apabila kita bersikap positif, ia akan menghasilkan impak yang berdaya saing, maju ke hadapan serta percaya dengan penuh keyakinan di atas apa yang kita lakukan. Kadang ketika jawab soalan perkara yang paling menakutkan apabila situasi yang membuatkan muka jadi berkerut, ibarat menahan 'sesuatu' yang apabila bila dilepaskan sangat melegakan dan perkataan pertama yang akan terbit,  'Fuhhhh'!! Apakah itu? Fahamilah sendiri kerana semua pernah merasa situasi seperti ini. Jadi, dimana isinya? Adakah di awalnya? Adakah di pertengahannya? Ataupun di pengakhiran (Hehe)? Ada satu ketika malam sebelum peperiksaan saya tak tidur sehingga pagi peperiksaan. Saya yakin anda juga pernah alami seperti ini. Hakikat tidak tidur malam akan memenatkan mata dan sememangnya terasa berat mata nak tengok kertas sampai satu masa tersengguk. Dalam dewan tengah jawab soalan bolehnya tersengguk. Apa kena ni? Biasa. Tak pelik. Padam muka sapa suruh tak tidur malam. Baik, suasana yang kedua apabila berada di dalam dewan, kebiasaannya dapat saya simpulkan pelajar-pelajar yang bagus adalah mereka yang memulakan dengan bismillah diikuti ayat-ayat amalan untuk peperiksaan dan pada saya mereka inilah yang secara zahirnya telah menonjolkan sikap yang soleh bakal mendapat tempat sebagai seorang yang berjaya. Samaada mendapat keputusan melepasi tahap lulus atau mungkin rezeki untuk dapat anugerah dekan. Dekan adalah bonus bagi pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus dalam pelajaran serta tidak lupa akan pergantungan kepada Allah SWT. Semoga berjaya untuk diri saya sendiri, sahabat seperjuangan dan kepada pembaca sekalian. Ingat! Hadapinya dengan tenang dan pastikan selepas peperiksaan jangan sesekali cuba untuk memeriksa jawapan samaada betul atau tidak. Ini akan membuatkan kita jadi tertekan. Kesimpulannya, ini kisah saya bermakna atas pertimbangan kamu untuk ambil mana yang patut atau mungkin tidak memberi apa-apa makna bagi anda maka abaikanlah. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri,hakikatnya semua datang daripada Allah. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Nota kaki :

Artikel ini ditulis ketika dalam musim peperiksaan dan dimuatnaik selepas tamat peperiksaan subjek terakhir.

Blog         : www.fizinzarifhz.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/fizinzarif