Saturday 22 November 2014

Siswa Siswi Part 1

Setelah sekian lama menyepi, kembali menyusun bait-bait untuk artikel blog ini. Kebiasaannya tahun pertama di universiti ini di mana-mana tempat sekalipun kebanyakan daripada pelajar merasa teruja kerana disitulah tempat mereka bertemu kawan-kawan yang baru dan  mungkin ada sesetengah yang saling mengenali . Walaubagaimanapun ada juga pelajar yang merasa janggal dan tak biasa dengan suasana di alam universiti dan mungkin sesetengah daripada mereka yang baru menetap selama seminggu  dah mula rasa penyakit 'homesick'. Maka mulalah dialog-dialog  orang yang jenis tak boleh berjauhan dengan 'PaMa' .8 Semester bersamaan 4 tahun jika dihitung memang agak lama tapi samada sedar atau tidak detik pantas berputar, dari jam ke jam dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun, masa akan berlalu begitu saja jika tak diisi dengan perkara yang bermanfaat. Disitulah tempat menadah ilmu, disitu jua tempat untuk bersuka dan duka. Di bumi itulah tempat mengenali pelbagai karenah manusia yang bermacam ragam bermula dengan pelajar sehingga pegawai atasan. Inilah yang dinamakan sebagai proses kehidupan apabila anda ditempatkan di sebuah kampus yang bernama universiti. Saya percaya dimana-mana tempat sekalipun akan ada perkara yang berbangkit seperti ini. Seorang mahasiswa tidak boleh meletakkan diri di tahap terendah kerana anda sudah pun berada ditempat yang tertinggi. Kenapa perlu menoleh ke belakang? Kenapa perlu memandang kebawah walhal anda sudah bertapak di tempat yang tinggi . Sekali anda berada diatas jangan sekali-kali turun kebawah. Jangan pula anda digelar seorang pengecut. Ini bukan bermaksud anda perlu jadi seorang yang berlagak sombong atau bongkak sebaliknya gunakan sebaik mungkin peluang yang anda telah perolehi. Disinilah tempat untuk membuktikan yang kita mampu untuk berada sebaris nama orang-orang yang telah berjaya. Jika tidak sekalipun , jadilah orang yang mampu membahagiakan ibubapa anda bukan dengan harta benda tapi dengan kasih sayang yang bertitipkan ilmu.
Persoalannya mampukah kita?
Mampukah kita lakukannya?
Katakan 'Ya'. Usaha sedaya mungkin,Kelak berjaya jangan dilupa insan yang tersayang.
Mahasiswa Hebat Mahasiswa Berfikiran Positif! 
Follow on Facebook : facebook.com/fizinzarif
Follow on Twitter      : twitter.com/fizinzar
       Kredit Gambar Wan Abdul Bhasiq Wan Abdul Halim