Friday 27 February 2015

Bila Tiada Ilmu

Semua perkara yang kita nak buat kat atas dunia ni kena ada ilmu. Tak kira lah samaada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara sebab apabila kita buat sesuatu benda itu tanpa ilmu ia seolah-olah kita kelihatan bodoh dan tidak berwawasan . Maaf agak kasar sikit. Sebagai contoh, nak naik KTM tapi tak pandai macam mana cara nak naik. Padahal senang je kalau dah biasa dengan KTM ni. Pergi kaunter bayar untuk dapatkan tiket. Kalau tren tu seberang sana kena naik jejantas. Ini ilmu juga. Ilmu duniawi. Ilmu ni perlu juga ambil tahu. Kalau tak tahu nak naik, terpinga-pinga tak tahu jalan mana akhirnya kita yang susah. Walaupun nampak kecil tapi apabila kita tak tahu memang kita tak sampai ke destinasi. Sama juga dengan baca Al-Quran. Walaupun orang yang baca Quran ni suaranya enak didengar, tapi jika tak ada ilmu Tajwid maka bacaannya jadi tunggang-langgang. Semua huruf tak mencukupi perkiraan makhrajnya. Ilmu ini tak boleh diperlekehkan. Kita kena hargai orang yang menyampaikan ilmu walaupun ilmu itu nampak kecil pada pandangan mata kasar. Ada Ilmu, Hidup Berjaya! Sekian.

Wednesday 25 February 2015

KAHWIN MUDA

Jom Kahwin! (Gambar Hiasan)
"Awak? Saya nak awak jadi permaisuri untuk saya. Sudikah awak menjadi sebahagian daripada syurgaku"?Wah, romantiknya pasangan tu. Ada satu ketika singgah makan di sebuah restoran, ketika basuh tangan ternampak pantulan melalui cermin tempat basuhan tangan pasangan suami isteri sedang menjamu selera. Waktu itu si suami sedang menyuapkan makanan untuk isterinya. Penuh tertib. Isteri pula mukanya kelihatan agak pucat,mungkin pada pandangan aku demam lah tu. Mungkin tak larat nak makan sendiri. Allah. Pandainya si suami mengambil berat isterinya. Bawa makan di restoran kemudian suapkan untuk isterinya. Alangkah indahnya jika suatu hari nanti aku sendiri dapat melakukan seperti itu. Moga impianku tercapai suatu hari nanti. Ada jumpa ayat yang menyebut, "Jika kamu tidak belajar untuk mencintai diri sendiri, kamu tidak akan dapat mencintai orang lain". Persoalannya bagaimana nak mencintai diri sendiri? Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah nak mencintai diri sendiri senang sahaja, cuma perlu ada kesabaran yang tinggi dan mampu mengawal emosi dalam apa jua keadaan secara berhemah serta bijaksana. Maklumlah,anak muda zaman sekarang ni, kalau tak kena pada tempatnya mudah sangat melenting dan kadang-kadang membuat keputusan diluar batasan nilai-nilai murni. Jadi, apakah caranya untuk mencintai diri sendiri? Pada pandangan aku sendiri, mencintai diri sendiri ini beerti seseorang itu mesti menurut etika-etika berlandaskan keimanan. Antara contohnya adalah menggalakkan diri anda solat berjemaah di masjid, pergi ke majlis-majlis ilmu, sentiasa baca Al-quran, hormat ibu bapa dan lain-lain lagi. Ini adalah asas untuk kita mencintai diri sendiri. Cinta diri sendiri tidak terhad ke atas jasad kita sahaja tapi juga kepada insan yang tersayang. Bukan senang nak pelihara anak orang ni. Nak lafaz akad nikah tu memang senang pada hakikatnya tapi apabila saat menuturkan "Aku Terima Nikahnya",ketika itu semua benda lelaki kena tanggung. Bermula dengan nafkah zahir dan batin, dosa isteri dari hujung rambut ke hujung kaki semua suami kena tanggung. Nak jadi suami ni mesti ada asas-asas agama. Kalau asas pun tak ada bagaimana kita nak jaga, pelihara dan asuh mereka. Jangan ingat anak sahaja yang kena asuh. Walaupun isteri orang yang ada agama, tetap juga kena asuh. Tapi asuhan ke arah islamlah, bukannya ke arah kekufuran. Sudah tertulis, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Kahwin mudahkannya jangan susahkan. Perkara seperti hantaran kahwin sebenarnya yang menyusahkan dan mengusutkan kepala si lelaki. Kalau boleh tak perlu mahal-mahal. Hanya sekadar yang termampu. Urusan selepas nikah itu lebih penting daripada perkara-perkara seperti ini. Solusinya, kahwin itu jauh lebih baik daripada membiarkan diri kita terjerumus ke lembah maksiat. Sekian.



Tuesday 24 February 2015

Madu Ada Kelebihannya

Madu baik untuk kesihatan. Tuan-tuan, nak cerita bab kelebihan madu memang saya tak tahu nak mula bagaimana. Tapi kali ini saya hanya ingin berkongsi satu produk keluaran syarikat Kira Haq Sdn. Bhd. Sejak dari kecil memang saya tak pernah suka makan/minum Madu tapi skeptikal itu berubah apabila ummi saya mengesyorkan air madu ini. Pada mulanya rasa berat nak cuba minum tapi bila minum sikit rasa nak minum lagi, lagi dan lagi. Akhirnya rasa senang hati pula bila dapat minum air ni. Nak pergi mana-mana mesti bawa sekali air madu ni. Jom Minum Bersama Saya! 
Antara kelebihannya adalah,

Air Madu Kira Haq

◆ Mendapatkan Tenaga

◆ Memerdukan Suara

◆ Menguatkan Minda

◆ Menjaga Kesihatan Dan Menjauhi Daripada Penyakit

Untuk maklumat lebih lanjut, klik Disini.

Pengeluar KIRA HAQ GLOBAL MARKETING SDN. BHD. beralamat di Lot 134, Jalan EP Serkam 5, Melaka Halal Hub, Kawasan Perindustrian Serkam Merlimau, 77300 Melaka.