Persoalannya mampukah kita?
Mampukah kita lakukannya?
Katakan 'Ya'. Usaha sedaya mungkin,Kelak berjaya jangan dilupa insan yang tersayang.
Mahasiswa Hebat Mahasiswa Berfikiran Positif!
Aku tertanya-tanya mengapa cinta itu penting dalam hidup. Mengapa seseorang itu amat memerlukan Cinta, Kasih & Sayang dalam hidup sehingga ada yang terlalu obses dengan cinta malah sanggup bergadai nyawa, maruah dan lupa diri, keluarga serta agama. Banyak persoalan timbul dibenak fikiran ku sehingga tak mampu untuk dijawab.
Mengikut pemahaman aku,
Cinta pada Yang Maha Esa,
Cinta pada Rasul,
Cinta pada Ibu & Ayah,
Cinta pada Keluarga, itu memang penting tapi cinta sesama manusia itu perlu namun tidaklah sampai membebankan fizikal dan mental, jadi mengapa harus obses dengannya?
Kebanyakan manusia terutama generasi muda di zaman moden ini sering menjadikan cinta sesama manusia sebagai keutamaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap yang hak iaitu Tuhan Yang Maha Mencipta, Rasul, Ibu Bapa & Keluarga malahan diri mereka sendiri.
Sungguh benar kahwin itu Sunnah tapi perlukah bercinta hingga lupa segalanya.?
Bukankah nikah itu akan membentuk sebuah keluarga? Bermula dengan akad nikah ,kemudian dikurniakan anak seterusnya membina jaringan keturunan.
Justeru itu apa gunanya membina keluarga baru andai keluarga yang sedia ada tidak mampu kita bentuk dan lindungi?
Aku bukanlah seorang insan yang pandai mengambil & menjaga hati orang tetapi sebaliknya sering menyakitkan hati orang terutama mereka yang aku sayangi. Mungkin kerana itu sukar bagiku mendekati orang dan lebih senang bersendiri tanpa kawan, teman dan sebagainya. Namun Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Manusia itu diciptakan sebagai tidak sempurna dan disebabkan itulah kita saling memerlukan serta saling melengkapi kerana manusia itu dicipta berpasang-pasangan & hidup bermasyarakat.
Silaturrahim diselitkan agar manusia mampu membentuk kesempurnaan yang diperlukan secara bersama. Yang kurang itu dilengkapkan oleh yang lebih dan begitulah sebaliknya. Disamping itu jangan lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi kerana semuanya datang dengan Izin-Nya. Berusahalah mencari kebahagiaan yang disediakan untukmu. Tuhan tidak akan sekali-kali membebankanmu dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh hamba-hamba-Nya.
Allahua'lam. ilal Liqa'.
Nota;
Artikel : Asma' Ibrahim
Disunting : Fizin Zarif
copyright reserved© www.fizinzarifhz.blogspot.com
Follow me on,
Facebook : www.facebook.com/fizinzarif
Twitter : www.twitter.com/fizinzar
Majlis Rasmi Minggu Taaruf Bersama Canselor & Menteri Besar Negeri Sembilan |