Showing posts with label siswa siswi part 2. Show all posts
Showing posts with label siswa siswi part 2. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Yakin Dibibir atau Yakin Dihati

“Bagaimana aku nak fokuskan kerja lain-lain walhal hati ini sedang fokus kepada si dia. Setiap masa asyik memikirkan dia”. Mana taknya kalau dah hari-hari berhubung, kata hati ini nak sangat halalkan hubungan dengan ikatan secara murni dan sah dengan segera. Fahami dan Kasihanilah perasaan pasangan anda. Sama-sama ingin membentuk dua hati menjadi satu. Jadi, kurangkan kekusutan jiwa yang melanda mereka ini. Bagaimana? Kurangkan berhubung pada waktu sebelum pernikahan tapi perketatkan hubungan selepas nikah. Itu sebaik-baiknya. Berhubung apabila perlu sahaja. Perlu disini adalah bermaksud perkara yang penting sahaja. Ini bagi yang dah bertunang. Kalau yang masih belum lagi,ikatlah dahulu kekasih anda tu. Bertunang mengikut hukum Islam mudah dan praktikal. Adat berkunjung ke rumah pasangan dengan membawa hantaran itu secara sopan santun itu bagus cuma tidak semestinya begitu. Kalau tak mampu nak buat semua tu ikutlah apa yang Islam ajarkan. Khabarkan hasrat kita yang nak ‘berkahwin’ itu kepada pasangan. Jika dia terima lamaran kita beerti haram bagi orang lain masuk meminang kita sehinggalah kita putuskan pertunangan yang terdahulu. Mudah pada hukumnya tapi susah nak praktikkannya. Kenapa?Malu?Tak yakin? Kalau tak yakin, jangan sibuk nak ada kekasih. Ya, betul bila ada yang mengatakan perkahwinan itu lebih baik jika dilakukan pada usia muda. Tentulah pasangan yang nak ke arah itu yakin dengan apa yang diimpikan bersama itu membawa kepada suatu yang realiti. Yakin disini bukan beerti , “ aku yakin dengan keputusan ini untuk mengahwini  dia,bla bla bla” hanya sekadar manis dibibir, tapi pahit dihati. Keyakinan itu akan terbentuk apabila kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang utama.Sekadar memberi contoh, tanggungjawab terhadap ibu bapa.  Adakah kita sudah penuhi tanggungjawab terhadap ibubapa? Bagaimana bentuk tanggungjawab tersebut? Sudahkah kita ini tunaikan hasrat mereka? Tanggungjawab terhadap agama. Jangan hanya sekadar omong kosong. Yakin nak kahwin tapi solat masih tak terjaga. Subuh pun bangun lewat,masjid pun seminggu sekali. Itupun sebab nak solat Jumaat. Kalau tak ada solat Jumaat,tak tahulah bila agaknya nak kunjung rumah Allah. Itulah kita sibuk sangat bincang bab kahwin tapi diri sendiri pun belum terurus, sedangkan kahwin itu berdua, perlu tadbir urus dengan betul dan ke arah yang lurus yakni ke jalan yang diredhaiNya. Yakinkan dirimu dengan persediaan yang mantap dari segi rohani dan jasmani. Rohani (bukan nama orang), atau roh yang perlu kita isikan dengan perkara yang baik. Bagaimana? Hadirkan diri anda ke majlis-majlis ilmu, melazimi zikrullah, mengamalkan sunnah Rasulullah dan lain-lain lagi. Jasmani (bukan nama orang), atau jasad yang mana ianya memerlukan kita untuk tunaikan hak badan dengan menjaga daripada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Hak jasad adalah termaktub dengan kesesuaiannya. Sebagai contoh, beribadah kepada Yang Maha Esa seperti solat, puasa, riadhah dan lain-lain lagi. Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih atas kesudian untuk membaca. Jika ada cadangan, apa sahaja yang ingin anda cadangkan dialu-alukan untuk email di alamat fizinzarif@yahoo.com.

Saturday, 22 November 2014

Siswa Siswi Part 1

Setelah sekian lama menyepi, kembali menyusun bait-bait untuk artikel blog ini. Kebiasaannya tahun pertama di universiti ini di mana-mana tempat sekalipun kebanyakan daripada pelajar merasa teruja kerana disitulah tempat mereka bertemu kawan-kawan yang baru dan  mungkin ada sesetengah yang saling mengenali . Walaubagaimanapun ada juga pelajar yang merasa janggal dan tak biasa dengan suasana di alam universiti dan mungkin sesetengah daripada mereka yang baru menetap selama seminggu  dah mula rasa penyakit 'homesick'. Maka mulalah dialog-dialog  orang yang jenis tak boleh berjauhan dengan 'PaMa' .8 Semester bersamaan 4 tahun jika dihitung memang agak lama tapi samada sedar atau tidak detik pantas berputar, dari jam ke jam dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun, masa akan berlalu begitu saja jika tak diisi dengan perkara yang bermanfaat. Disitulah tempat menadah ilmu, disitu jua tempat untuk bersuka dan duka. Di bumi itulah tempat mengenali pelbagai karenah manusia yang bermacam ragam bermula dengan pelajar sehingga pegawai atasan. Inilah yang dinamakan sebagai proses kehidupan apabila anda ditempatkan di sebuah kampus yang bernama universiti. Saya percaya dimana-mana tempat sekalipun akan ada perkara yang berbangkit seperti ini. Seorang mahasiswa tidak boleh meletakkan diri di tahap terendah kerana anda sudah pun berada ditempat yang tertinggi. Kenapa perlu menoleh ke belakang? Kenapa perlu memandang kebawah walhal anda sudah bertapak di tempat yang tinggi . Sekali anda berada diatas jangan sekali-kali turun kebawah. Jangan pula anda digelar seorang pengecut. Ini bukan bermaksud anda perlu jadi seorang yang berlagak sombong atau bongkak sebaliknya gunakan sebaik mungkin peluang yang anda telah perolehi. Disinilah tempat untuk membuktikan yang kita mampu untuk berada sebaris nama orang-orang yang telah berjaya. Jika tidak sekalipun , jadilah orang yang mampu membahagiakan ibubapa anda bukan dengan harta benda tapi dengan kasih sayang yang bertitipkan ilmu.
Persoalannya mampukah kita?
Mampukah kita lakukannya?
Katakan 'Ya'. Usaha sedaya mungkin,Kelak berjaya jangan dilupa insan yang tersayang.
Mahasiswa Hebat Mahasiswa Berfikiran Positif! 
Follow on Facebook : facebook.com/fizinzarif
Follow on Twitter      : twitter.com/fizinzar
       Kredit Gambar Wan Abdul Bhasiq Wan Abdul Halim