Jom Kahwin! (Gambar Hiasan) |
"Awak? Saya nak awak jadi permaisuri untuk saya. Sudikah awak menjadi sebahagian daripada syurgaku"?Wah, romantiknya pasangan tu. Ada satu ketika singgah makan di sebuah restoran, ketika basuh tangan ternampak pantulan melalui cermin tempat basuhan tangan pasangan suami isteri sedang menjamu selera. Waktu itu si suami sedang menyuapkan makanan untuk isterinya. Penuh tertib. Isteri pula mukanya kelihatan agak pucat,mungkin pada pandangan aku demam lah tu. Mungkin tak larat nak makan sendiri. Allah. Pandainya si suami mengambil berat isterinya. Bawa makan di restoran kemudian suapkan untuk isterinya. Alangkah indahnya jika suatu hari nanti aku sendiri dapat melakukan seperti itu. Moga impianku tercapai suatu hari nanti.
Ada jumpa ayat yang menyebut, "Jika kamu tidak belajar untuk mencintai diri sendiri, kamu tidak akan dapat mencintai orang lain". Persoalannya bagaimana nak mencintai diri sendiri? Apa yang aku boleh simpulkan disini adalah nak mencintai diri sendiri senang sahaja, cuma perlu ada kesabaran yang tinggi dan mampu mengawal emosi dalam apa jua keadaan secara berhemah serta bijaksana. Maklumlah,anak muda zaman sekarang ni, kalau tak kena pada tempatnya mudah sangat melenting dan kadang-kadang membuat keputusan diluar batasan nilai-nilai murni. Jadi, apakah caranya untuk mencintai diri sendiri? Pada pandangan aku sendiri, mencintai diri sendiri ini beerti seseorang itu mesti menurut etika-etika berlandaskan keimanan. Antara contohnya adalah menggalakkan diri anda solat berjemaah di masjid, pergi ke majlis-majlis ilmu, sentiasa baca Al-quran, hormat ibu bapa dan lain-lain lagi. Ini adalah asas untuk kita mencintai diri sendiri. Cinta diri sendiri tidak terhad ke atas jasad kita sahaja tapi juga kepada insan yang tersayang. Bukan senang nak pelihara anak orang ni. Nak lafaz akad nikah tu memang senang pada hakikatnya tapi apabila saat menuturkan "Aku Terima Nikahnya",ketika itu semua benda lelaki kena tanggung. Bermula dengan nafkah zahir dan batin, dosa isteri dari hujung rambut ke hujung kaki semua suami kena tanggung. Nak jadi suami ni mesti ada asas-asas agama. Kalau asas pun tak ada bagaimana kita nak jaga, pelihara dan asuh mereka. Jangan ingat anak sahaja yang kena asuh. Walaupun isteri orang yang ada agama, tetap juga kena asuh. Tapi asuhan ke arah islamlah, bukannya ke arah kekufuran. Sudah tertulis, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Kahwin mudahkannya jangan susahkan. Perkara seperti hantaran kahwin sebenarnya yang menyusahkan dan mengusutkan kepala si lelaki. Kalau boleh tak perlu mahal-mahal. Hanya sekadar yang termampu. Urusan selepas nikah itu lebih penting daripada perkara-perkara seperti ini. Solusinya, kahwin itu jauh lebih baik daripada membiarkan diri kita terjerumus ke lembah maksiat. Sekian.
No comments:
Post a Comment