Siapa dari kalangan kamu yang tak pernah alami kesakitan?
Jawapannya semua dah merasai kesakitan. Ada yang dari kecil dah ada pelbagai
penyakit. Ada yang dah berumur baru ditimpa sakit. Saya sendiri pernah alami
kesakitan. Ada ketika pening kepala, demam biasa, demam denggi, batuk, sakit
perut, sakit badan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah saya tak sakit mental.
Mental dan fizikal saya masih lagi dalam keadaan waras. Moga dijauhi penyakit
begini. Merujuk kepada tajuk di atas, saya nak bagi tips bagaimana cara untuk
hilangkan lenguh-lenguh badan khususnya, untuk penyakit lain yang tidak kronik
mungkin boleh amalkan juga. Saya pernah alami sakit badan sampai seminggu
sebabnya hanyalah saya main futsal. Lepas main tu tak rasa lenguh lagi, esok
hari barulah rasa lenguh-lenguh seluruh badan. Kebetulan masa sakit badan tu
kena pada bulan Ramadan, puasa tetap puasa, cuma tak rasa sangat kemanisan berpuasa
bila badan jadi lemah, lesu dan tak bermaya. Baik, tips di sini adalah banyakkan
solat. Bagi umat Islam, solat itu merupakan tiang agama. solat juga mencegah
kita daripada unsur-unsur keji dan maksiat. Berbalik kepada penceritaan, pada
bulan Ramadan semestinya bagi saya atau mungkin saudara/i sendiri yang
berkelapangan akan bersolat di malam hari seusai berbuka puasa. Solat malam ini
juga dikenali sebagai Solat Tarawih. Pernahkah kalian dengar tentang solat yang
merupakan satu jenis istirahat yang mungkin kita tak sedari. Solat pada
hikmahnya dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit. Hasil solat
ini akan memberikan kekuatan dalam diri kita samada zahir dan juga batin. Fokus
artikel ini adalah cara untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan. Kesan saya
solat tarawih sehingga selesai 11 rakaat, (Masjid kampung saya hanya buat 11
rakaat) adalah pada keesokan hari lenguh-lenguh saya sepanjang minggu hilang
sepenuhnya. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh ulama-ulama, para
pengkaji, para doktor yang telah menganalisis tentang solat ini yang sememangnya
memberi manfaat kepada sesiapa yang mengerjakannya. Jadi, solatlah kamu selagi
nafasmu tak berhenti. Tunaikanlah kewajipanmu ke atas agamamu, In Shaa Allah
hikmah solat itu akan hadir bersama. Sekian dari saya. Jika ada apa-apa
cadangan atau pendapat, boleh emailkan di fizinzarif@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment