“Bagaimana aku nak fokuskan kerja lain-lain walhal hati ini
sedang fokus kepada si dia. Setiap masa asyik memikirkan dia”. Mana taknya
kalau dah hari-hari berhubung, kata hati ini nak sangat halalkan hubungan
dengan ikatan secara murni dan sah dengan segera. Fahami dan Kasihanilah
perasaan pasangan anda. Sama-sama ingin membentuk dua hati menjadi satu. Jadi,
kurangkan kekusutan jiwa yang melanda mereka ini. Bagaimana? Kurangkan
berhubung pada waktu sebelum pernikahan tapi perketatkan hubungan selepas
nikah. Itu sebaik-baiknya. Berhubung apabila perlu sahaja. Perlu disini adalah
bermaksud perkara yang penting sahaja. Ini bagi yang dah bertunang. Kalau yang
masih belum lagi,ikatlah dahulu kekasih anda tu. Bertunang mengikut hukum Islam
mudah dan praktikal. Adat berkunjung ke rumah pasangan dengan membawa hantaran
itu secara sopan santun itu bagus cuma tidak semestinya begitu. Kalau tak mampu
nak buat semua tu ikutlah apa yang Islam ajarkan. Khabarkan hasrat kita yang
nak ‘berkahwin’ itu kepada pasangan. Jika dia terima lamaran kita beerti haram
bagi orang lain masuk meminang kita sehinggalah kita putuskan pertunangan yang
terdahulu. Mudah pada hukumnya tapi susah nak praktikkannya. Kenapa?Malu?Tak
yakin? Kalau tak yakin, jangan sibuk nak ada kekasih. Ya, betul bila ada yang
mengatakan perkahwinan itu lebih baik jika dilakukan pada usia muda. Tentulah
pasangan yang nak ke arah itu yakin dengan apa yang diimpikan bersama itu
membawa kepada suatu yang realiti. Yakin disini bukan beerti , “ aku yakin
dengan keputusan ini untuk mengahwini dia,bla bla bla” hanya sekadar manis dibibir,
tapi pahit dihati. Keyakinan itu akan terbentuk apabila kita sudah melaksanakan
tanggungjawab yang utama.Sekadar memberi contoh, tanggungjawab terhadap ibu bapa. Adakah kita sudah penuhi tanggungjawab
terhadap ibubapa? Bagaimana bentuk tanggungjawab tersebut? Sudahkah kita ini
tunaikan hasrat mereka? Tanggungjawab terhadap agama. Jangan hanya sekadar
omong kosong. Yakin nak kahwin tapi solat masih tak terjaga. Subuh pun bangun
lewat,masjid pun seminggu sekali. Itupun sebab nak solat Jumaat. Kalau tak ada
solat Jumaat,tak tahulah bila agaknya nak kunjung rumah Allah. Itulah kita
sibuk sangat bincang bab kahwin tapi diri sendiri pun belum terurus, sedangkan
kahwin itu berdua, perlu tadbir urus dengan betul dan ke arah yang lurus yakni
ke jalan yang diredhaiNya. Yakinkan dirimu dengan persediaan yang mantap dari
segi rohani dan jasmani. Rohani (bukan nama orang), atau roh yang perlu kita
isikan dengan perkara yang baik. Bagaimana? Hadirkan diri anda ke majlis-majlis
ilmu, melazimi zikrullah, mengamalkan sunnah Rasulullah dan lain-lain lagi. Jasmani
(bukan nama orang), atau jasad yang mana ianya memerlukan kita untuk tunaikan
hak badan dengan menjaga daripada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Hak
jasad adalah termaktub dengan kesesuaiannya. Sebagai contoh, beribadah kepada
Yang Maha Esa seperti solat, puasa, riadhah dan lain-lain lagi. Itu sahaja
untuk kali ini. Terima kasih atas kesudian untuk membaca. Jika ada cadangan,
apa sahaja yang ingin anda cadangkan dialu-alukan untuk email di alamat
fizinzarif@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment