Semua perkara yang kita nak buat kat atas dunia ni kena ada ilmu. Tak kira lah samaada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara sebab apabila kita buat sesuatu benda itu tanpa ilmu ia seolah-olah kita kelihatan bodoh dan tidak berwawasan . Maaf agak kasar sikit. Sebagai contoh, nak naik KTM tapi tak pandai macam mana cara nak naik. Padahal senang je kalau dah biasa dengan KTM ni. Pergi kaunter bayar untuk dapatkan tiket. Kalau tren tu seberang sana kena naik jejantas. Ini ilmu juga. Ilmu duniawi. Ilmu ni perlu juga ambil tahu. Kalau tak tahu nak naik, terpinga-pinga tak tahu jalan mana akhirnya kita yang susah. Walaupun nampak kecil tapi apabila kita tak tahu memang kita tak sampai ke destinasi. Sama juga dengan baca Al-Quran. Walaupun orang yang baca Quran ni suaranya enak didengar, tapi jika tak ada ilmu Tajwid maka bacaannya jadi tunggang-langgang. Semua huruf tak mencukupi perkiraan makhrajnya. Ilmu ini tak boleh diperlekehkan. Kita kena hargai orang yang menyampaikan ilmu walaupun ilmu itu nampak kecil pada pandangan mata kasar. Ada Ilmu, Hidup Berjaya! Sekian.
Friday, 27 February 2015
Wednesday, 25 February 2015
KAHWIN MUDA
![]() |
| Jom Kahwin! (Gambar Hiasan) |
Tuesday, 24 February 2015
Madu Ada Kelebihannya
![]() |
| Air Madu Kira Haq |
◆ Memerdukan Suara
◆ Menguatkan Minda
◆ Menjaga Kesihatan Dan Menjauhi Daripada Penyakit
Thursday, 1 January 2015
Final Exam Semester 1 Sesi Akademik 2014/2015
Ini kisah saya ketika mengambil peperiksaan akhir semester 1 sesi akademik 2014/2015 . Saya mulakan artikel ini dengan suasana 'kondusif' selama saya menduduki peperiksaan akhir ini. Situasi sebelum masuk dewan peperiksaan. Kebiasaannya saya sebagai seorang pelajar sebelum ini apabila menduduki peperiksaan ketika saya tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 pastinya debaran sebelum peperiksaan sangat 'terasa' sehingga membuatkan saya terketar-ketar. Keadaan seperti itu membuatkan saya merasa takut, cuak dan kadang terfikir bagaimana keputusan peperiksaan . Kini segalanya telah berubah. Suasana kondusif di alam universiti ini memberi sesuatu yang berlainan dengan apa yang saya lalui di sekolah peringkat menengah. Peperiksaan kali ini memberikan satu perasaan yang lain daripada kebiasaan. Perasaan takut, cemas dan cuak semakin terhakis . Perasaan gementar tidak lagi menjadi hamba abdi dan sifat teguh serta berani dalam membuat keputusan telah berjaya diaplikasikan dalam kehidupan saya ketika ini. Walaupun peperiksaan akhir ini boleh dikatakan amat penting dan memerlukan konsentrasi yang tinggi tapi sebaliknya berlaku. Saya hadapinya dengan tenang, emosi yang terkawal dan berfikiran positif. Isi yang terakhir itu amat penting kerana apabila kita bersikap positif, ia akan menghasilkan impak yang berdaya saing, maju ke hadapan serta percaya dengan penuh keyakinan di atas apa yang kita lakukan. Kadang ketika jawab soalan perkara yang paling menakutkan apabila situasi yang membuatkan muka jadi berkerut, ibarat menahan 'sesuatu' yang apabila bila dilepaskan sangat melegakan dan perkataan pertama yang akan terbit, 'Fuhhhh'!! Apakah itu? Fahamilah sendiri kerana semua pernah merasa situasi seperti ini. Jadi, dimana isinya? Adakah di awalnya? Adakah di pertengahannya? Ataupun di pengakhiran (Hehe)? Ada satu ketika malam sebelum peperiksaan saya tak tidur sehingga pagi peperiksaan. Saya yakin anda juga pernah alami seperti ini. Hakikat tidak tidur malam akan memenatkan mata dan sememangnya terasa berat mata nak tengok kertas sampai satu masa tersengguk. Dalam dewan tengah jawab soalan bolehnya tersengguk. Apa kena ni? Biasa. Tak pelik. Padam muka sapa suruh tak tidur malam. Baik, suasana yang kedua apabila berada di dalam dewan, kebiasaannya dapat saya simpulkan pelajar-pelajar yang bagus adalah mereka yang memulakan dengan bismillah diikuti ayat-ayat amalan untuk peperiksaan dan pada saya mereka inilah yang secara zahirnya telah menonjolkan sikap yang soleh bakal mendapat tempat sebagai seorang yang berjaya. Samaada mendapat keputusan melepasi tahap lulus atau mungkin rezeki untuk dapat anugerah dekan. Dekan adalah bonus bagi pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus dalam pelajaran serta tidak lupa akan pergantungan kepada Allah SWT. Semoga berjaya untuk diri saya sendiri, sahabat seperjuangan dan kepada pembaca sekalian. Ingat! Hadapinya dengan tenang dan pastikan selepas peperiksaan jangan sesekali cuba untuk memeriksa jawapan samaada betul atau tidak. Ini akan membuatkan kita jadi tertekan. Kesimpulannya, ini kisah saya bermakna atas pertimbangan kamu untuk ambil mana yang patut atau mungkin tidak memberi apa-apa makna bagi anda maka abaikanlah. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri,hakikatnya semua datang daripada Allah. Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Nota kaki :
Artikel ini ditulis ketika dalam musim peperiksaan dan dimuatnaik selepas tamat peperiksaan subjek terakhir.
Blog : www.fizinzarifhz.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/fizinzarif
Saturday, 22 November 2014
Siswa Siswi Part 1
Persoalannya mampukah kita?
Mampukah kita lakukannya?
Katakan 'Ya'. Usaha sedaya mungkin,Kelak berjaya jangan dilupa insan yang tersayang.
Mahasiswa Hebat Mahasiswa Berfikiran Positif!
Friday, 26 September 2014
BULAN DAN BINTANG : Aku Sayang, Aku Rindu, Tunggulah Aku
Aku tertanya-tanya mengapa cinta itu penting dalam hidup. Mengapa seseorang itu amat memerlukan Cinta, Kasih & Sayang dalam hidup sehingga ada yang terlalu obses dengan cinta malah sanggup bergadai nyawa, maruah dan lupa diri, keluarga serta agama. Banyak persoalan timbul dibenak fikiran ku sehingga tak mampu untuk dijawab.
Mengikut pemahaman aku,
Cinta pada Yang Maha Esa,
Cinta pada Rasul,
Cinta pada Ibu & Ayah,
Cinta pada Keluarga, itu memang penting tapi cinta sesama manusia itu perlu namun tidaklah sampai membebankan fizikal dan mental, jadi mengapa harus obses dengannya?
Kebanyakan manusia terutama generasi muda di zaman moden ini sering menjadikan cinta sesama manusia sebagai keutamaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap yang hak iaitu Tuhan Yang Maha Mencipta, Rasul, Ibu Bapa & Keluarga malahan diri mereka sendiri.
Sungguh benar kahwin itu Sunnah tapi perlukah bercinta hingga lupa segalanya.?
Bukankah nikah itu akan membentuk sebuah keluarga? Bermula dengan akad nikah ,kemudian dikurniakan anak seterusnya membina jaringan keturunan.
Justeru itu apa gunanya membina keluarga baru andai keluarga yang sedia ada tidak mampu kita bentuk dan lindungi?
Aku bukanlah seorang insan yang pandai mengambil & menjaga hati orang tetapi sebaliknya sering menyakitkan hati orang terutama mereka yang aku sayangi. Mungkin kerana itu sukar bagiku mendekati orang dan lebih senang bersendiri tanpa kawan, teman dan sebagainya. Namun Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Manusia itu diciptakan sebagai tidak sempurna dan disebabkan itulah kita saling memerlukan serta saling melengkapi kerana manusia itu dicipta berpasang-pasangan & hidup bermasyarakat.
Silaturrahim diselitkan agar manusia mampu membentuk kesempurnaan yang diperlukan secara bersama. Yang kurang itu dilengkapkan oleh yang lebih dan begitulah sebaliknya. Disamping itu jangan lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi kerana semuanya datang dengan Izin-Nya. Berusahalah mencari kebahagiaan yang disediakan untukmu. Tuhan tidak akan sekali-kali membebankanmu dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh hamba-hamba-Nya.
Allahua'lam. ilal Liqa'.
Nota;
Artikel : Asma' Ibrahim
Disunting : Fizin Zarif
copyright reserved© www.fizinzarifhz.blogspot.com
Follow me on,
Facebook : www.facebook.com/fizinzarif
Twitter : www.twitter.com/fizinzar
Saturday, 13 September 2014
Aku Bangga!!!
Memperkenalkan,
Universiti Sains Islam Malaysia . Sebuah universiti yang terbina di tanah bukit Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Usim merupakan salah satu daripada 22 IPTA yang berdaftar di Malaysia.
Jom! layari pautan ini,
Laman Web Universiti Sains Islam Malaysia
Aku harap ini adlh jalan yang terbaik untuk aku terus melakar kejayaan khususnya dalam bidang ini.
#KEMPEN
#ILOVEUSIM♡♡♡


